
Untuk makluman PAF2K akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo Nama Baru PAF2K yang masih dalam cadangan iaitu GAMPK2 (Gabungan Masyarakat Puncak Alam K Zone).
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. HADIAH
Pemenang akan menerima wang tunai berjumlah RM300 manakala wang sagu hati bernilai RM30 setiap satu disediakan untuk 10 peserta yang lain. Semua peserta akan diberikan Sijil Penghargaan.
2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
(a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga ZONE K, individu atau berkumpulan yang berminat dan berdaya kreatif termasuk Ahli Jawatankuasa Pertandingan.
(b) Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) logo ciptaan.
(c) Kriteria Pengadilan Bercirikan : Visi dan Misi GAMPK dengan menerangkan maksud warna-warna latar logo ciptaan yang digunakan berdasarkan fungsi dan peranan GAMPK2.
(d) Semua ciptaan logo hendaklah asli.
(e) Logo yang dicipta hendaklah dihantar dalam bentuk 'softcopy' dan di 'UPLOAD' dalam 'post' ini.
(f) Maksimum bilangan warna yang digunakan dalam reka cipta logo adalah tiga(3)Warna tidak termasuk hitam dan putih. Tulisan boleh dimasukkan di dalam logo tetapi ianya hendaklah boleh dibaca.
(g) Logo boleh dicipta dengan menggunakan grafik komputer mengikut standard JPEG, GIF, BMP, PICT atau melalui lukisan tangan.
(h) Keputusan adalah muktamad. Logo yang dikemukakan akan menjadi hak milik GAMPK2 dan tidak akan dikembalikan.
3. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Penyertaan berserta logo ciptaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya sebelum atau pada Tarikh Yang Akan Ditentukan Kemudian.